Rabu, 12 Februari 2014

Nikah Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah


Nikah - Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah | Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz sekitar jam 9.30 malam tadi di dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
Nikah - Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.

Nikah - Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah

Diana Amir dan Habib Bullah yang mengenakan busana indah tinjauan rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail  telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam.

Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth.


Pihak perempuan, seperti yang diketahui telah menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000.


Pasangan ini diberitakan belum lagi memutuskan tarikh dan lokasi berbulan madu kerana kesibukan masa. Apapun, tahniah dan semoga berbahagia selamanya buat Diana Amir & pasangan!


sumber:


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest