
Sebahagian struktur termasuk dinding sebuah bangunan pasar raya di Jitra, Kedah runtuh secara tiba-tiba pagi tadi.
Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 8.30 pagi ketika bangunan itu kosong (tiada kemalangan jiwa) kerana ia hanya mula beroperasi bermula pukul 10 pagi.

Pasaraya Cmart yang baru sahaja mula beroperasi Ogos lepas terletak dalam kawasan Bandar Darulaman Industri di Jitra.
Bangunan itu pernah terbengkalai lama sebelum ini dan ada dakwaan kejadian mungkin berlaku disebabkan oleh tiang konkrit yang telah mereput.
Punca kejadian berkenaan masih disiasat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar