Kamis, 27 Februari 2014

Xiaoqiang Lumba Lumba Yang Pandai Menggambar

Xiaoqiang, Lumba-Lumba Yang Pandai Menggambar - Tidak hanya manusia saja yang dapat menggambar. Salahs atu hewan di bumi ini juga memiliki kemampuan menggambar seperti manusia. Hewan ini adalah lumba-lumba bernama Xiaoqiang.

Xiaoqiang, lumba-lumba dari Qingdao, di Propinsi Shandong Cina telah belajar untuk melukis, di bawah bimbingan pelatih nya. Melihat karyanya, aku akan mengatakan dia masih memiliki jalan panjang sebelum menjadi Rembrandt kedua, tapi dia juga dalam pembelajaran.

Cukup mengejutkan, Xiaoqiang bukan mamalia pelukis pertama di dunia, gajah pelukis dari Thailand dan Cholla si kuda pelukis telah melakukannya terlebih dahulu.





{ Read More }


Rabu, 26 Februari 2014

10 Hewan Nyata yang Lebih Mirip Hewan Fantasi

Mungkin anda tidak mempercayai hewan-hewan fantasi yang sering ada di film atau kartun-kartun. Tapi, tahukah Ente bahwa ada hewan yang hampir mirip dengan hewan-hewan fantasi yang seringkali hanya kita lihat hanya di layar kaca?

Makhluk-makhluk dibawah ini sangat bertentangan dengan imajinasi manusia, tapi hewan-hewan ini bukan cuma fantasi belaka! Makhluk-makhul ini masih dapat ditemui sampai sekarang. Berikut deretan 10 hewan nyata yang lebih mirip hewan fantasi:

10. Olm (Proteus anguinus)

Hewan amfibi ini, yang asli dari gua-gua terdalam dan tergelap di Eropa (yang paling terkenal di Slovenia) dan dulunya disangka "anak naga" telah menjadi salah satu dari hewan paling ganjil di dunia. Hewan ini buta total, dan kekurangan pigmentasi tubuh. Meskipun buta, ia dapat menangkap sinyal-sinyal kimiawi dan sinyal-sinyal kelistrikan melalui reseptor-reseptor di seluruh badannya. Ia memiliki kulit yang lunak dan pucat yang sedikit menyerupai kulit manusia yang sangat pucat, itulah sebabnya oleh penduduk setempat terkadang disebut "ikan manusia".


9. Gurita mantel (Tremoctopus violaceus)

Hewan ini terlihat sangat kontras dengan gurita normal. Seolah-olah hewan ini berasal dari planet lain yang terjun kedalam laut dan menyukai tinggal di sana. Hewan betinanya 40.000 kali lebih berat dari yang jantan. Jantannya hanya memiliki panjang 2,4 cm sedangkan betinanya besar, dengan panjang lebih dari 2 meter. Jika merasa terancam, betina bisa memperbesar membrannya yang mirip mantel di antara lengan-lengannya sehingga terlihat lebih besar.

8. Katak gelas (Centrolenidae)

Yang menjadikan katak kecil asal Amerika Tropis ini begitu unik adalah ia memiliki kulit yang tembus cahaya, sehingga dapat dipelajari anatominya tanpa harus membedahnya. Beberapa organ internalnya seperti jantung, usus dan hati dapat terlihat sempurna jika dilihat dari bawah.

7. Blobfish (Psychrolutes marcidus)

Ikan perairan dalam yang bergelatin ini memiliki wajah yang sangat muram. Ditemukan di perairan sekitar Australia dan Tasmania, blobfish lebih bersifat pasif dalam hidupnya, dengan memakan detritus apapun yang dapat dijangkaunya. Ia kekurangan kekuatan otot dibanding ikan lain dan hampir tidak mengeluarkan energi saat berenang karena badannya yang lebih ringan dari air.

6. Assassin spider (Archaeidae)

Jangan khawatir, laba-laba ini panjangnya hanya 2 mm dan meskipun dengan nama dan penampakan yang menakutkan, namun ia sama sekali tidak berbahaya bagi manusia. "Lehernya" yang panjang didesain khusus untuk mendukung berat rahangnya yang besar, yang dilengkapi dengan gigi berbisa.

5. Hatchetfish (Sternoptychidae)

Tampak dari depan, ikan ini seolah-olah berasal dari planet lain. Ikan perairan dalam ini ditemukan di semua samudera kecuali daerah paling dingin, dan seperti olm dan blobfish, menghabiskan seluruh hidupnya dalam kegelapan. Ia dapat melihat dengan sebuah organ pengtinjauan cahaya pada sisi-sisinya yang memungkinkannya untuk menangkap mangsa.

4. Kepiting berbulu (Kiwa hirsuta)

Dikenal juga sebagai "kepiting Yeti", krustasea ini ditutupi dengan benda yang tampak sekilas seperti bulu, tetapi sebetulnya merupakan penutup setae yang padat, seperti yang ditemukan pada kaki beberapa jenis udang. Bulu-bulu ini kelihatannya berfungsi sebagai filter, mendetoksifikasi air dimana mereka hidup. Kepiting ini buta dan tidak berwarna dan hidup dalam kegelapan.

3. Naga Laut Berdaun (Phycodurus eques)

Ikan ini, yang masih berhubungan dengan kuda laut, bertahan hidup dengan berpura-pura menjadi ranting-ranting rumput laut yang mengapung. Ia berenang sangat lambat dan dorsal serta insang pektoralnya yang transparan dan hampir tidak dapat dilihat. Kebanyakan pemangsa bahkan tidak tahu kalau hewan ini ada.

Hewan ini memiliki kebiasaan reproduksi yang aneh, betina meletakkan telur ke dalam badan pejantan melalui sebuah tabung panjang, dan pejantan membawa telur itu sampai menetas. Ikan ini ditemukan di pantai selatan dan barat Australia.

2. Toke siluman berekor daun (Uroplatus phantasticus)

Hewan ini terlihat lebih mirip daun kering yang telah rontok, sehingga jarang terlihat oleh pemangsa. Ia ditemukan hanya di Madagaskar, dimana ia tinggal dalam hutan bersama reptil-reptil fantastis lainnya. Ia termasuk pemakan serangga dengan penampilan yang menakutkan tetapi tidak berbahaya bagi manusia. Sayangnya, spesies yang luar biasa ini terancam punah karena banyak diburu oleh penduduk dan merusak habitat alami mereka.

1. Ulat hemeroplanes

Ulat sederhana ini menduduki peringkat nomor satu dalam daftar ini. Hewan ini ibaratnya maha-karya hidup dari alam dan walaupun semua hewan menakjubkan, namun hewan ini yang paling mempesona. Sangat jarang dilihat dan hanya ditemukan di hutan hujan tropis di Mexico dan Amerika Tengah, makhluk kecil ini biasanya terlihat normal dan memiliki warna yang membosankan, tetapi jika diancam oleh predator, ia akan berubah menjadi luar biasa, ia menggantung dari sebuah cabang dengan kaki belakangnya, dan mengangkat bagian depan badannya, sampai terlihat persis seperti ular berbisa yang siap mengeluarkan bisanya. Bukan hanya mengancam, tetapi ia benar-benar akan menyerang musuhnya. Ulat Hemeroplanes ini belum banyak diketahui, dan yang menyedihkannya, hewan ini terancam eksistensinya karena penggundulan hutan.

Sumber
{ Read More }


Selasa, 25 Februari 2014

Khairy Jamaluddin Jadi Penjual Ayam Percik


PETALING JAYA –  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.

Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.

“Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.

“Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut,” katanya kepada mStar Online.


Filem pendek berkenaan ditinjauankan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Stories cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.

Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang ditinjauankan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.

Bagaimanapun hanya enam buah filem sahaja yang dipilih untuk ditayangkan menerusi saluran berkenaan termasuklah filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran (Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar) dan Junaidah M. Nor (Odah).

Dalam pada itu Elaine berkata, ketika penggambaran, Khairy hadir dengan persiapan menghafal skrip dan berlatih bersama pelakon Sharifah Aleya.

Katanya, Khairy juga berjaya melakonkan wataknya dengan baik iaitu hanya dua kali ‘take’.

Ditanya adakah Khairy bakal ditawarkan lagi untuk projek filem seterusnya, Elaine masih belum merancang mengenai perkara tersebut.

“Saya memang ada merancang untuk mengtinjauankan filem pada masa akan datang, tetapi saya tak rasa Khairy mempunyai masa untuk berlakon lagi. Maklumlah sekarang ini dia sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan negara,” tuturnya.

Inspektor Mastura lakonan Sharifah Aleya memaparkan dilema seorang wanita yang cuba menjauhkan hatinya terhadap perasaan cinta.

Pelakon Beto Kusyairy memegang watak Inspektor Tahir menyimpan perasaan terhadap rakan setugasnya, namun ia tidak berbalas.

Turut membintangi filem ini alah penyampai radio Suria FM, Adibah Noor. – mStar Online
{ Read More }


Senin, 24 Februari 2014

Kakitangan Insaniah Holding mahu mengadap Agong

Harakahdaily 

Sarina Ismail, 04 Ogs 2013

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pihaknya bersama kakitangan Insaniah Holding bercadang mengadap Yang DiPertuan Agong jika Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir gagal menyelesaikan isu pembayaran gaji kakitangan syarikat berkenaan.

Bercakap pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena, beliau melahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan negeri yang telah membekukan gaji kakitangan Insaniah Holding sejak Mei sehingga lalu.

"Kita teramat kesal dengan tindakan berkenaan, apatah lagi di saat menjelangnya Aidil Fitri. Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan setelah hak mereka dinafikan sejak bulan Mei lalu.

"Tiga bulan tidak diberi gaji, mereka mengalami tekanan hidup,untuk membayar sewa rumah, insuran bulanan kereta,persekolahan anak-anak, makan minum dan
lain-lain keperluan," ujar beliau kesal.

Tambah beliau lagi, pihaknya  telah menghantar makluman kepada Menteri Besar Kedah melalui Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah untuk mengadakan temujanji menyelesaikan masalah ini tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas daripada beliau.

Menurutnya, situasi dihadapi oleh kakitangan Insaniah Holding ketika ini tidak menentu dan dua isu pokok yang harus dilihat kerajaan negeri khususnya oleh Menteri Besar ialah mengenai status mereka dan tunggakan gaji tiga bulan tersebut.

"Walaupun dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Mukhriz menegaskan, perpindahan pelajar Mualamat ke Mergong adalah atas nama kebajikan kepada pelajar- pelajar, selain mengambil kira masalah tenaga pengajar yang terpaksa berulang alik dari Alor Setar ke Kuala Ketil, tetapi mengapa dalam soal kebajikan kakitangan Insaniah Holding dikesampingkan?

"Nasib 268 orang ini, perlu diselesaikan secepat mungkin. Bagaimana kedudukan dan status mereka. Apa yang mereka hadapi, tidak dibayar gaji tetapi tiada sebarang surat pemecatan yang dikeluarkan," sambungnya lagi.

Mahfuz juga berkata, adalah tidak wajar jika kerajaan negeri enggan menyelesaikan bayaran gaji tertunggak tersebut yang dianggar sebanyak RM2,000,750 sedangkan kebajikan dan hak mereka sebagai pekerja adalah tanggungjawab majikan.

"Walau pun Insaniah Holding ditubuhkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, tetapi ianya mengikut prosedur perundangan dan perjanjian yang sah. Insaniah Holding bukan ditubuhkan atas dasar politik.

"Apabila Kedah diambil alih oleh BN, agenda yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum itu perlu diteruskan, seperti mana dahulu kita meneruskan semua agenda yang telah ditetapkan oleh mereka. Malah hutang yang mereka tinggalkan pun kita langsaikan. Kenapa kita tak cuci tangan kerana itu bukan hutang kita?" soal Mahfuz.

Harapan beliau agar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin iaitu sama sepertimana kakitangan kerajaan menerima bonus hari raya sekaligus nasib mereka ini juga dapat pembelaan pada waktu yang sama.

"Jangan pula nanti, mereka semua berpakat berkhemah di hadapan rumah Menteri Besar kerana tiada penginapan kerana dihalau dari rumah sewa akibat gagal membayarnya," ujarnya.

Sementara itu, wakil dari Insaniah Holding, CEO Insan Sistem, Ir Mansur Mahmud, juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri terhadap mereka.

Beliau berharap kerajaan negeri perlu mengenang kembali jasa-jasa Insaniah Holding kepada pembangunan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

"Insaniah Holding banyak membantu dalam soal pembangunan KUIN di Kuala Ketil serta membantu mengendalikan asrama dan kebajikan pelajar.

"Kita dah minta MB datang jumpa kami tapi bukan saja MB tak datang, wakilnya pun tak ada. Bagi saya sebahagian yang tunjuk hero membela KUIN kononnya, sebenarnya hanya mempunyai kepentingan peribadi.

"MB patut tengok masalah kami, jangan ada dendam kesumat. Kakitangan Insaniah Holding adalah free political, bukannya hanya memihak pada satu-satu parti sahaja," katanya yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak masalah berkenaan.

Sementara itu, Pengawai Operasi Insaniah Holding, Aidi Ahmad menegaskan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan Exco Pendidikan Negeri, Dato Tajul Urus Mat Zin tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan atau tindakan yang diambil.

Maklum beliau, pada akhir bulan Jun lalu, dua kali surat permohonan dihantar kepada Menteri Besar untuk mengadakan perjumpaan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.

Selain itu Mahfuz juga memberitahu, memo kepada Yang diPertuan Agong juga telah diserahkan kepada istana.

Turut serta pada sidangmedia tersebut kira-kira 200 orang kakitangan dan keluarga Insaniah Holding.

Dalam pada itu, Mahfuz turut menyampaikan sumbangan  peribadi duit raya kepada anak-anak kakitangan berkenaan.

Turut hadir bersama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.
{ Read More }


Minggu, 23 Februari 2014

15 Bukit Batu Paling yang Fantastis

1. Nameless Tower

 
2. Cerro Torre, Patagonia, Argentina

 
3. Saint Matterhorn, Zermatt, Switzerland
 
4. Las Torres, Torres del Paine National Park, Patagonia

 
5. Bugaboo Spire, Columbia-Kootenay, Canada

 
6. Mount Roraima

 
7. Mount Thor, Baffin Island, Nunavut, Canada


 
9. Prekestolen, Kjerag plateau, Forsand, Norway

 
10. Las Torres de Vajolet, Italian Alps

 
11. Agulha do Diabo

 
12. Shiprock, New Mexico

 
13. Spider Rock

 
14. Dead Horse Point

 
 15. Meteora, Greece
 


sumber
{ Read More }


Sabtu, 22 Februari 2014

Pengalaman Ngeri Polis Trafik Yang Tidak Dapat Dilupakan

Pengalaman Ngeri Polis Trafik Yang Tidak Dapat Dilupakan

Salam guys, apa yang korang bakal baca dibawah ini adalah pengalaman ngeri seorang anggota polis trafik.
Nama beliau Saman bin Jalan (bukan nama sebenar).
[Amaran keras] ini kisah benar, jika korang yang lemah semangat sebaiknya jangan baca sebab ia mungkin menghantui korang selepas ini.
Bermula la kisah pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang.


polis trafik

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
Utara Selatan kelihatan sebuah kancil merah tersadai di sebelah line kerosakan.
Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak
ada sebuah kereta pun berhenti pada masa itu.
Tiba-tiba datangla sebuah kereta Evo7 berhenti di sebelah Kancil pakcik tua itu.

Kemudian pemandu Evo7 terus keluar dari kereta yang dipandunya dengan penuh stail (mancho).
Lebih kurang bergini la dialog mereka.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an lagi hesem kacak bergaya."aha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo7 nya.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat Evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yangg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Mamat Evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pula abang polis trafik ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate abang polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, dengar tak!? Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punya.........sebuah Kancil merah tengah cucuk angin Evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!


{ Read More }


Jumat, 21 Februari 2014

Kelibat Terkini Nur Amalina Di UniKL


Kelibat Terkini Nur Amalina Di UniKL
Kelibat Terkini Nur Amalina Di UniKL - Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.
Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.
“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.
“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.
“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.
Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP. – Informasi Dot My
{ Read More }


Kamis, 20 Februari 2014

Pas kata Umno punca Melayu Islam berpecah


sinarharian
12 November 2012
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad tidak nampak adanya ruang Pas dan Umno boleh bergabung untuk menyatupadukan Melayu dan Islam sekiranya parti teras Barisan Nasional (BN) itu kekal dengan caranya yang mementingkan kroni dan menindas rakyat.

Beliau juga menafikan kajian yang dirujuk oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha bahawa 70 peratus rakyat Selangor sokong Pas Umno bergabung sebagai fakta yang tepat.

Ini menurut beliau, Umnolah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini.

“Kita pertikaikan dari mana dia dapat angka 70 peratus itu? Tetapi hakikatnya, orang Islam, Melayu berpecah selama Umno-Barisan Nasional memerintah.

“Nak capai itu macam mana? Umno dengan cara dia. Dengan duit. Dengan adanya kroni-kroni yang jadi jutawan, maka orang Melayu akan bergantung kepada mereka, maka orang Melayu bersatu? Gagal, 55 tahun," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Norman sebelum ini berkata, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu kedua parti itu mengetepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.

“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya pada satu sidang media selepas mengadakan wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di ibu negara kelmarin.

Wacana yang menurut Norman dianjurkan atas inisiatif ahli Pas yang mahu rungutan mereka diberi perhatian berjaya mencapai 11 resolusi.

Antaranya Pas mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam dan agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Pas untuk menerajui tampuk pemerintahan sekiranya mahu umat Melayu Islam di negara ini bersatu.

“Sebab kenapa orang Melayu Islam berpecah pada masa Umno memerintah ialah kerana mereka berdiri atas dasar yang batil.

“Nak Melayu Islam bersatu, cuba serah pada Pas dan kita zahirkan cara penyatuan yang berasaskan kepada sama-sama berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH. Itu kita yakin boleh berlaku,” katanya lagi ketika ditemuinya di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam hal penyatuan Pas dan Umno, apa yang lebih mustahak ialah berpatah balik kepada ajaran agama di mana keikhlasan harus menjadi tunjangnya. 

“Dalam Pas kita yakin bahawa dasar yang boleh menyatupadukan manusia ini khususnya orang Islam ialah apabila manusia khususnya orang Islam ikhlas dalam soal politik mereka kepimpinan mereka, pemerintahan mereka adalah untuk mencari keredhaaan Allah Taala,” ujarnya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya adakah mustahil Umno dan Pas bersatu berkata, "tak lah hendak kata mustahil, tak ada benda yang mustahil tapi, dalam konteks sekarang ini, Pas bertanding di kerusi yang ditandingi oleh Umno.”

“Jadi kita bersaing untuk sokongan masyarakat yang sama. Umno mereka hendakkan kepimpinan Melayu, memimpin masyarakat Melayu atas dasar politik mereka.

"Pas bersaing dengan Umno hendakkan kepimpinan bagi masyarakat Melayu atas dasar politik kita. Dia (Umno) nak bawa ke kiri, kita hendak bawa ke kanan,” jelas beliau lagi.
{ Read More }


Rabu, 19 Februari 2014

Rahasia Bob Sadino

Setiap orang memiliki rahasia. Begitu juga dengan Bob Sadino. Rahasia, tidak selalu berkonotasi jelek, karena yang ini justru rahasia baik, yang penting untuk anda ketahui, pembaca WK. Rahasia ini begitu pentingnya sehingga saya mesti hati-hati mengutarakannya, takut yang memiliki rahasia marah atau mensomasi saya.

Sebelum bercerita tentang rahasia kesuksesan Bob Sadino, saya ingin bercerita tentang rahasia-rahasia lainnya yang ringan-ringan, yang pernah saya dengar. Di Kampung saya, daerah urban yang kini disesaki industri, Kawasan Selatan Gresik, Jawa Timur, ada seorang penjual bakso keliling yang setiap sore selalu ditunggu-tunggu oleh pelanggan. Ia berjualan bakso sejak saya masih remaja, dengan rasa yang biasa-biasa saja. Tetapi dalam lima tahun terakhir, saat penjual bakso mulai banyak, saya melihat perubahan yang besar. Selain rasa baksonya yang enak, rasa kuahnya juga sangat sedap, halal, harganya juga murah.

Pantas, setiap orang selalu menunggu-nunggu saat ia lewat. Namanya, Timbul. Nama ini, kini bukan sekedar nama bakso, tetapi sudah menjadi guyonan jika ada orang yang sedang berdiri di tepi jalan. Ketika ditanya, menunggu siapa? Jawaban slengekan sering dibalas dengan ucapan : menunggu Timbul. Suatu ketika, saat saya pulang kampung, saya mendatangi rumahnya, menanyakan mengapa rasa baksonya begitu enak, tekstur, kekenyalannya, juga rasanya. Semuanya dibuat alami, dari bahan halal, daging sapi beneran, bukan daging glonggongan, tanpa bahan pengawet karena selalu habis dalam sehari.

“Rahasianya apa kok baksonya enak,” tanya saya kepadanya. Karena saya wartawan, dan bukan pedagang bakso, Timbul mau menceritakan perjalanan hidupnya, dari sejak berjualan bakso pertama kali, hingga hari ini. Jika dihitung-hitung, sudah lebih dari 15 tahun ia berjualan bakso. Iapun menceritakan, bagaimana ia setiap hari mencoba membuat bakso terbaik dan rasa terenak sesuai yang diinginkan pelanggan. Setiap pulang dari berjualan, ia selalu mengoreksi kekurangannya bersama istri tercintanya. Menghitung omzet, keuntungan, meskipun jumlahnya tidak seberapa, justru merupakan kegiatan berikutnya.

Untuk mengetahui apa yang diinginkan pelanggan, caranya, ia selalu mendengar apa saja yang dikeluhkan pelanggan, mulai dari kuah yang anyep, bakso yang kurang empuk, hingga omela-omelan lain yang sering diucapkan pelanggan. Semua didengarkan. Saran, kritikan, cacian, tidak membuatnya marah, tetapi malah ‘tersenyum’ dan berkeinginan untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggannya. Rasa baksonya yang enak rahasianya terletak pada campuran daging, dan bahan lain dengan adonan yang tepat. Rasa kuahnya yang sedap terletak pada perlakuan pemberian bumbu-bumbu dan kaldu yang tepat, serta pengapian saat memasak. Dan tentu saja banyak rahasia-rahasia lainnya yang tidak mungkin saya ceritakan di rubrik sebanyak satu halaman ini.

“Bolehkah resep ini saya bawa ke Jakarta?. Saya yakin resepnya bisa menjadi bakso yang banyak disukai semua orang. Kalau perlu diwaralabakan, atau dimitrakan, seperti teman-teman saya ,”lanjut saya. Yang tidak saya duga jawabannya : “saya ingin membahagiakan tetangga-tetangga saya, orang-orang kampung saya untuk menikmati bakso terlezat yang tidak ada duanya,” ujarnya. Lho kok?. Itulah rahasia Timbul yang saya tak bisa mengoreknya.

Kembali ke Rahasia Bob Sadino. Banyak perhimpunan mahasiswa, perkumpulan pengusaha yang mengundang Bob untuk berbicara. Berbicara tentang kesuksesan dan kiat-kiatnya berbisnis. Cerita kisah hidup dan bisnisnya biasanya bermula dari ia berjualan telur ayam kampung. Saya yang berkali-kali hadir mendengar penuturan Bob, sering mendengar kalimat yang sama, namun setiap waktu penekannya berbeda. Suatu saat saya berkesempatan menjadi moderator acara diskusi bisnis yang diselenggarakan Marketing Club, Mahasiswa Magister Manajemen UGM, di Yogyakarta beberapa waktu lalu. Peserta yang hadir jumlahnya ratusan yang sangat antusias. Seorang bertanya : Apa kiat sukses Bob Sadino?

Cerita Bob bergulir kembali, mengawali usaha di zaman bahulea, zaman ketika Bob masih susah dengan berjualan telor ayam bersama istrinya ke perumahan-perumahan, menawarkan satu persatu telor tersebut kepada pelanggan yang dikenalnya di Kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Cerita menjadi sedemikian dramatis. Mengapa begitu dramatis? Karena dipastikan tidak mungkin ada orang yang mau meniru cara Bob untuk memulai bisnis dengan berjualan telor. Tetapi justru inilah rahasia terbesarnya. Bob dan istrinya pandai berbahasa Inggris, Jerman, dan Indonesia. Ia lihay melakukan kegiatan pemasaran.

Bisa dibayangkan seseorang yang memiliki kepiawaian berjualan dengan pemahaman bahasa internasional yang mumpuni, seperti bahasa Inggris dan Jerman, akan membuat Bob berbeda dari yang lainnya. Seorang penjual telor tetapi dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang-orang bule! Rahasia itulah yang paling besar yang mengantarkannya menuju sukses sekarang. Bukan celana pendeknya.

Sumber : http://www.majalahwk.com/artikel-artikel/entrepreneurship/296-edisi-majalah.html

src="http://adsensecamp.com/show/?id=Q%2BmtALJTChI%3D&cid=1mKE6FR8OXo%3D&chan=TYXK04kAsWY%3D&type=12&title=3D81EE&text=000000&background=f4eda2&border=f4eda2&url=2BA94F" type
{ Read More }


Selasa, 18 Februari 2014

Daftar 10 Jagoan Film Kolosal Indonesia Terbaik


Sekarang mungkin sulit bagi kita untuk menemukan film kolosal Asli indonesia yang menceritakan tentang kehidupan zaman kerajaan . Tapi dulu, film-film seperti itu justru laris bak jamur di musim hujan. Lihat saja film seperti saur sepuh,Karmapala, Prahara prabu siliwangi, Tutur Tinular, dan sebagainya. Film-film seperti itu dulu sangat menyihir kita dengan aksi aksi bertarungnya ,walaupun efek berkelahinya masih jadul, Tapi film-film seperti itu justru banyak mengandung pelajaran hidup dan contoh-contoh penerapan norma. Tidak seperti film-film sekarang yang justru lebih menekankan pada adegan percintaan yang tidak mendidik

Dari film-film kolosal itulah muncul jagoan-jagoan yang tangguh yang menjadi bahan pembicaraan anak-anak yang menyaksikanya. Dan dari banyak jagoan, menurut saya ada 10 jagoan yang terbaik dan paling berpengaruh di dalam dunia film kolosal indonesia

Berikut adalah daftar 10 jagoan kolosal tersebut

10. Satrio Madangkara (Brahma Kumbara)
Mungkin inilah jagoan yang paling dikenal oleh sebagian orang tua kita, karna acara Saur sepuh (acara yang menampilkan satrio madangkara) adalah salah satu dedengkot film kolosal indonesia), Film saur sepuh ini diadaptasi dari sandiwara radio yang pertama kali disiarkan pada tahun 1988. cerita pada zaman kerajaan padjajaran Kerajaan Pajajaran ini dilakoni oleh tokoh utama brahma kumbara sebagai raja yang sakti mandraguna lagi rupawan


9. Damar Wulan
Damar Wulan adalah seorang tokoh legenda cerita rakyat Jawa Timur. Kisah yang pernah populer ditengah masyarakat Jawa Timur . Kisah ini bercerita tentang perseturuan antar sang jagoan yaitu damar wulah sendiri melawan Minak jinggo dalam memperebutkan wanita dan kerajaan


8. Prabu Siliwangi
Prabu Siliwangi adalah tokoh pendekar yang menjadi raja di kerajaan sunda dan padjajaran. Kisah Prabu siliwangi ini diangkat dari cerita legenda yang berdasarkan prasasti batutulis. film kolosal ini di siarkan di SCTV dengan judul Prahar Prabu Siliwangi


7. Jaka Sembung
Pada zaman penjajahan Belanda, Jaka Sembung alias Parmin (Barry Prima) merupakan jawara sakti Kandanghaur. Ia memberontak atas ketidakadilan Belanda yang mengharuskan para tawanan bekerja paksa. Untuk menumpas Jaka Sembung, Belanda mengadakan sayembara. Jawara sakti Kohar (S. Parya) kalah disusul Si Hitam (W.D Mochtar) memiliki ajian Rawarontek yang membuatnya tak bisa mati bila tubuhnya menyentuh tanah.


6. Jaka Tingkir
Pendekar sakti yang kelak menguasai kerajaan pajang ini memang sudah mempunyai kesaktian sejak kecil, Dari remaja ia sudah gemar bertapa. Dan salah satu cerita paling terkenal tentang kesaktianya adalah bagaimana ia bisa bertarung mengalahkan buaya sehingga bisa menundukkan buaya itu dan menjadikanya menjadi abdi


5. Angling Dharma
Prabu Angling Dharma adalah seorang pendekar yang kemudian bisa menjadi raja malwapati setelah menang dalam pertarungan melawan batik madrim. Ia dikenal sakti mandraguna serta mempunyai ilmu yang membuatnya bisa berbicara dengan hewan. Ia juga mempunyai teman seekor naga yang selalu setia membantunya jika ia sedang dalam kesulitan


4. Sembara
Sembara adalah tokoh jagoan yang utama dalam film kolosal misteri gunung merapi atau yang sering dikenal sebagai mak lampir. Ia digambarkan sebagai golongan aliran putih yang berusaha melawan aliran hitam yang di pimpin oleh nenek sihir mak lampir. Dalam kisah misteri gnung merapi, ia juga diceritakan melawan penjajahan belanda bersama para kyai


3. Si Buta dari gua Hantu
Nama asli si Buta adalah Barda Mandrawata, seorang tokoh tani di daerah banten yang ingin menuntut balas atas perbuatan si mata malaikat yang telah berbuat onar dan membunuh calon menantunya. Ian rajin bertapa di Gua hantu hingga ia menjadi sakti. di sinilah ia membutakan matanya dengan menyilangkan golok ke matanya, tapi kebutaanya justru menjadikanya lebih sakti. Perjalanan menutut balas barda selalu ditemani seekor kera mungil yang setia yang bernama kliwon


2. Wiro Sableng
Wiro sableng atau pendekar 212, adalah nama tokoh fiksi dalam seri buku yang ditulis oleh Bastian Tito Wiro terlahir dengan nama Wira Saksana yang sejak bayi telah digembleng oleh gurunya yang tekenal di dunia persilatan dengan namaSinto Weni atau sinto gendeng Wiro adalah seorang pendekar dengan senjata kapak Maut Naga Geni 212 dan memiliki rajah "212" di dadanya. Wiro memiliki banyak kesaktian yang diperoleh selama petualangannya di dunia persilatan, dari berbagai guru.


1. Arya Kamandanu
Arya kamandanu adalah pendekar ahli pedang yang sangat hebat di zaman kerajaan majapahit. Ia mempunyai pedang naga puspa yang didapatkan dari seorang perantau asal cina yang mati. Di kisah tutur tinular. Ia adalah tokoh kompleks, di satu sisi, ia berperan sebagai orang yang lembut dan jatuh cinta dengan mei shin, di satu sisi, ia harus berperan sebagai seorang pengembara, dan di sisi lain ia berperan sebagai tokoh pendekar yang harus berjuang membela kerajan majapahit dari serbuan pemberontakan nambi, sora, kuti, dan lain-lain
Film ini boleh dibilang film yang benar-benar mengangkat kisah kerajaan majapahit secara utuh dan panjang


sumber: http://serba-sepuluh.blogspot.com/2010/02/daftar-10-jagoan-film-kolosal-indonesia.html
{ Read More }


Senin, 17 Februari 2014

7 mercusuar tertinggi di dunia

Mercusuar adalah sebuah bangunan menara dengan sumber cahaya di puncaknya untuk membantu navigasi kapal laut. Sumber cahaya yang digunakan beragam mulai dari lampu sampai lensa dan (pada zaman dahulu) api.

Karena saat ini navigasi kapal laut telah berkembang pesat dengan bantuan GPS, jumlah mercusuar di dunia telah merosot menjadi kurang dari 1.500 buah. Mercusuar biasanya digunakan untuk menandai daerah-daerah yang berbahaya, misalnya karang dan daerah laut yang dangkal.

Salah satu mercusuar yang paling terkenal di dunia adalah Pharos di Alexandria, yang merupakan salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Namun, dibawah ini adalah 7 mercusuar tertinggi di dunia, mari kita lihat!


1. Jeddah Lighthouse

Jeddah Lighthouse adalah mercusuar aktif yang terdapat di Jeddah, Arab Saudi. Dengan ketinggian sekitar 436 kaki (133 m), Jeddah Lighthouse dinobatkan sebagai mercusuar tertinggi di dunia. Mercusuar ini sendiri terletak di ujung dermaga luar pada bagian utara pintu masuk Pelabuhan Jeddah.


2. Yokohama Tower

Terletak di Yokohama, Jepang, mercusuar ini dibangun sebagai peringatan 100 tahun Pelabuhan Yokohama, pada tahun 1961. Saat ini, dalam nominasi mercusuar di dunia, Yokohama Tower menempati posisi ke-2 yang tertinggi di dunia dengan tinggi 348 kaki.


3. Pointe de Barfleur Lighthouse

Phare de Gateville atau yang lebih dikenal dengan sebutan Pointe de Barfleur adalah sebuah mercusuar aktif yang terdapat di Gatteville-le-Phare Barfleur, Manche department, Basse-Normandie, Perancis. Dengan ketinggian 247 kaki (75 meter), mercusuar ini adalah mercusuar tertinggi ke-3 di dunia.


4. The Lighthouse of Genoa

Mercusuar ini adalah mercusuar utama untuk pelabuhan kota Genoa, Italia. Selain membantu untuk navigasi di malam hari bagi kapal-kapal, mercusuar ini juga dipakai sebagai simbol Kota Genoa, dan merupakan salah satu bangunan tertua di Italia. Dengan ketinggian sekitar 76 meter, mercusuar ini juga dinobatkan sebagai mercusuar tertinggi ke-2 di dunia.


5. Punta Penna Lighthouse

Punta Penna Lighthouse adalah mercusuar aktif yang terletak di tempat strategis penting di Via della Madonna Penna, Pelabuhan Vasto. Dengan ketinggian 230 kaki (70 meter), mercusuar ini dinobatkan sebagai mercusuar tertinggi ke-8 di dunia dan ke-2 di Italia setelah mercusuar Genoa.


6. Mulan Tou Lighthouse

Mulan Tou Lighthouse atau yang juga dikenal sebagai Hainan Light Head adalah mercusuar yang terletak di Provinsi Hainan, Cina dan merupakan mercusuar tertinggi ke-5 di dunia dan tertinggi di Cina dengan ketinggian 289 kaki (88 meter). Dibangun pada tahun 1995, mercusuar ini mampu memancarkan dua kilatan cahaya putih setiap 15 detik.


7. Basihamen

Baishamen adalah mercusuar yang terletak di Provinsi Hainan, Cina dan merupakan mercusuar tertinggi ke-6 di dunia dan ke-2 di Cina dengan ketinggian 236 kaki (72 meter). Mercusuar ini mampu memancarkan kilatan cahaya putih setiap 6 detik
sumber
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest